KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - PAS Wilayah Persekutuan akan menggerakkan lebih 1,000 petugas pilihan raya bagi menggempur Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya, dua kerusi yang diperuntukan untuk PAS bertanding di ibu kota.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin, gerak-gempur ini disulami pelbagai program mesra rakyat disamping aktiviti meningkatkan motivasi petugas dari semasa ke semasa.
"PAS telah mengatur beberapa program besar termasuklah Jelajah Presiden PAS ke Putrajaya dan Titiwangsa pada 19hb. Februari ini,"jelas beliau semasa ditemui selepas Program Hi-Tea PAS Titiwangsa bersama Mantan Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri dan AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Hj. Ghazali di Markas PAS Darul Ummah, Kg. Pandan petang semalam.
Katanya, PAS telah mengatur beberapa program besar termasuklah Jelajah Presiden PAS ke Putrajaya dan Titiwangsa pada 19 Februari ini.
Pada sebelah malamnya, pengumuman calon dan ceramah mega Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan diadakan di Markas PAS Darul Ummah, Kg. Pandan.
Kemudian Munajat Perdana & Bai'ah Calon akan diadakan pada 21 Februari di Surau Biru, Datuk Keramat, bermula Maghrib. Pada hari itu, semua ahli dan penyokong PAS diminta berpuasa sunat dan berbuka puasa bersama di surau tersebut.
Semua petugas pilihan raya seluruh Wilayah diwajibkan hadir kerana mereka juga akan melakukan ikrar petugas bagi memantapkan gerakerja pilihan raya kali ini.
Ishak percaya, PAS akan memberikan tentangan sengit di Titiwangsa dan Putrajaya kali ini, dan akan mempastikan menang dikedua-kedua kawasan yang ditandingi. - mks.
0 comments:
Catat Ulasan